Setahun yang mahal


Alhamdulillah! Dah setahun kita pindah masuk ke teratak kecil kita, no. 36. Ingat-ingat balik dah pindah 6-7 kali, memang memenatkan. Tapi, setiap kali tengok teratak kecil ini - semuanya berbaloi.

Mahalnya teratak ni kerana kosnya. 20 tahun pinjaman. Harapnya, ayah dan mama boleh bayar habis awal. Apa tidaknya, rumah ni lah tempat kita bersama dan ekuiti rumah ni jugaklah simpanan pendidikan anak2 ayah. Allahuakbar, dapat juga kita "hutang" beli rumah.

Sedih jugak memikirkan sistem dunia yang membenarkan hanya orang-orang berduit - boleh bayar deposit, modal untuk "leverage", untuk memiliki rumah. Walaupun, rumah adalah syurga keluarga. Dimanakah keadilan, jika ada yang tak memiliki rumah langsung sedangkan ada yang memiliki sehingga 200 buah rumah? Free market @ credit crunch - semuanya gara-gara sistem buatan manusia tanpa pegangan nilai-nilai murni :(

Mahalnya teratak ni kerana senyuman dan gelak ketawa kita sekeluarga. Inilah pengubat hati mama dan ayah. Dalam cabaran hidup setiap hari, anak2 ayahlah yang membuatkan kami senyum.

Alia & Ariana dalam khemah, dalam rumah

Maafkan kami, kalau ada tersalah bahasa, tertinggi suara. We love you both very-very much.

- Ayah & mama-

Comments

Popular posts from this blog