LazyTown Extra

LazyTown Extra
14 Mei 2008
Leith Waterworld

Tahniah Farah Alia! Ayah dan mama kagum dengan keberanian anak ayah. Dah berani berenang sendiri, walaupun dengan budak2 lain yang tak dikenali (ada yang main kasar2). Siap masuk dalam air terjun lagi. Alia pun tak takut dan pandai jaga diri depan kamera.

Dalam seminggu ni, semangat untuk buat yang terbaik amat jelas. Berlatih berenang sendiri (& paksa ayah pi kolam :) walaupun ayah penat, gagahkan jugak la untuk anak ayah sorang ni). Siap tengok LazyTown untuk biasakan diri dengan aksi2 yang aktif.

Hari pengambaran, berendam sampai sejam lebih walaupun sejuk - sampai biru bibir. Jangan demam sudah. Walaupun, ayah tetap kecewa Alia tak dapat ambik gambar kelas P1a, tapi, insyaallah hari ini, akan berikan Alia pengalaman yang berguna (dan unik) untuk kebaikan masa depan.

Harapan kami, hari ini akan membina diri Alia (dan adik), menjadi insan yang berkualiti. Bukan sahaja di depan kamera, tapi setiap masa di mana sahaja, walaupun ayah dan mama tak ada.

Salam sayang,
Ayah & mama

P.s: Nak kena bawak Ariana pi swimming kat Leith Waterworld jugak. Mesti dia suka!

Comments

Popular posts from this blog