Ada 4 golongan manusia yg Imam Ghazali gariskan. kita berada dlm golongan mana dan apakah tanggungjawab kita pada setiap kumpulan itu : 1. orang yang tahu dan dia tahu bahawa dia itu tahu 2. orang yang tahu, tapi tak tahu yang dia itu tahu 3. orang yang tidak tahu, tapi tahu yang dia tidak tahu 4. orang yang tidak tahu dan tidak tahu yang dia itu tidak tahu tahu tak apa maksudnya dan tanggungjawab kita pada setiap kumpulan itu? bagi yg pertama, org yang tahu dan melaksanakan tanggungjawabnya dgn baik, kita boleh ikuti dia yang ke2, org yang tahu tapi lupa (terlena) akan tanggungjawabnya, kejutkan dia yg ke3, dia tak tahu tapi sedar yang dia tak tahu, bimbinglah dia yg ke4, dia tak tahu (jahil) dan tak sedar diri merasakan yg dia tahu semua, dia ni jahil murakab, Imam Ghazali kata, jauhi dari org macam ini.