Posts

Showing posts from May, 2008

LazyTown Extra

Image
LazyTown Extra 14 Mei 2008 Leith Waterworld Tahniah Farah Alia! Ayah dan mama kagum dengan keberanian anak ayah. Dah berani berenang sendiri, walaupun dengan budak2 lain yang tak dikenali (ada yang main kasar2). Siap masuk dalam air terjun lagi. Alia pun tak takut dan pandai jaga diri depan kamera. Dalam seminggu ni, semangat untuk buat yang terbaik amat jelas. Berlatih berenang sendiri (& paksa ayah pi kolam :) walaupun ayah penat, gagahkan jugak la untuk anak ayah sorang ni). Siap tengok LazyTown untuk biasakan diri dengan aksi2 yang aktif. Hari pengambaran, berendam sampai sejam lebih walaupun sejuk - sampai biru bibir. Jangan demam sudah. Walaupun, ayah tetap kecewa Alia tak dapat ambik gambar kelas P1a, tapi, insyaallah hari ini, akan berikan Alia pengalaman yang berguna (dan unik) untuk kebaikan masa depan. Harapan kami, hari ini akan membina diri Alia (dan adik), menjadi insan yang berkualiti. Bukan sahaja di depan kamera, tapi setiap masa di mana sahaja, walaupun ayah dan

Setahun yang mahal

Image
Alhamdulillah! Dah setahun kita pindah masuk ke teratak kecil kita, no. 36. Ingat-ingat balik dah pindah 6-7 kali, memang memenatkan. Tapi, setiap kali tengok teratak kecil ini - semuanya berbaloi. Mahalnya teratak ni kerana kosnya. 20 tahun pinjaman. Harapnya, ayah dan mama boleh bayar habis awal. Apa tidaknya, rumah ni lah tempat kita bersama dan ekuiti rumah ni jugaklah simpanan pendidikan anak2 ayah. Allahuakbar, dapat juga kita "hutang" beli rumah. Sedih jugak memikirkan sistem dunia yang membenarkan hanya orang-orang berduit - boleh bayar deposit, modal untuk "leverage", untuk memiliki rumah. Walaupun, rumah adalah syurga keluarga. Dimanakah keadilan, jika ada yang tak memiliki rumah langsung sedangkan ada yang memiliki sehingga 200 buah rumah? Free market @ credit crunch - semuanya gara-gara sistem buatan manusia tanpa pegangan nilai-nilai murni :( Mahalnya teratak ni kerana senyuman dan gelak ketawa kita sekeluarga. Inilah pengubat hati mama dan ayah. Dalam

Kata-kata peringatan diri

Ayah jumpa kata-kata dari blog Uncle Azam (http://azamsirajab.blogspot.com). " Kekayaan yang sebenar adalah akal, kepapaan sebenar ialah rosak akal. Sepi yg sebenar adalah kagum dgn diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar adalah akhlak yang baik." ~Saidina Ali bin Abi Thalib~ Benarnya kata-kat Saidini Ali r.a. ini - semoga Allah S.W.T anugerahkan kekayaan dan kemuliaan yang sebenarnya untuk kita semua. -Ayah-